Friday 7 February 2014

Santai Hujung Minggu: Piknik di Sungai Bil, Slim River


Tarikh    : 14 Januari 2014    

Lokasi    : Kampung Sungai Bil, Slim Village, Perak. 



Destinasi santai warga BDS kali ni adalah air terjun di perkampungan Sungai Bil. Memandangkan 14 Januari adalah hari cuti umum bersempena Maulidur Rasul, maka semua setuju untuk berkelah & BBQ ke sini. 



Lambaian Sungai Bil..dah terasa dingin airnya. 

Perkampungan Sungai Bil dianggarkan mengambil masa selama 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur. Sebaik sahaja keluar dari plaza tol Tanjung Malim, kami pandu terus dan belok ke kiri pada lampu isyarat pertama. Kami melalui Universiti Perguruan Sultan Idris dan terlihat kedai pau Yik Mun yang mana orang kata terkenal. 

Yekeniii.

Pandu ke arah Proton City dan teruskan perjalanan. Agak jauh jugak la sebab masuk kampung kan. Kita akan melalui pekan kecil dan pandu terus je sampai jumpa papan tanda ' Kawasan Perkelahan Air Terjun Sungai Bil '. Gitewww.


Eleh padahal kalau korang nak tahu, kitorang dah tersesat masuk ke kampung apa entah. Tup tup sampai dekat tempat Kolam Air Panas. Aaa pening aaa --"


Orang kata,

 malu bertanya sesat jalan. Banyak tanya taktau malu. 


Patah balik wehh. Akhirnya sampai jugak. Yeah !


Port terbaik yang kami dapat. Boleh berguling guling hah.



Kali ni datuk bandar Putrajaya, Ayie join piknik.
Ehh haruslah bergambar sekali.

Dan tak lupa, keluarga datuk bandar.


Anak siapa la ni berlenggeng. Ayoo.

Wakaf atau pondok turut disediakan untuk kemudahan pengunjung. Tapi kami lebih selesa bersantai outdoor. Ceh, padahal tak dapat sebab pondok dah penuh. Kesiann. Hihihi.


                      


                     

Ya, itu dia encik Pian dan anak bujang beliau, Boboy.
Khusyuk makan makaroni nampak?




Bebudak memang tak reti sabar kalau bab bab air ni (padahal yang dewasa pun sama nak nak yang tengah menaip ni kbai). Tapi pastikan ada pengawasan orang dewasa. Okay kita serahkan tugas pada Killa.



BBQ time !

Haa part bakar ayam ni kita serah dekat abang abang. Yang perempuan, amik port bergosip sambil makan je hahaha. Perangai.


Kemain geng Carsem ni kan. Nak tunjuk badan sador lettew.





Iqbale's detected !

                     

Kiri: Kak Liza tengah asingkan cempedak nak digoreng. Paling laku ! Goreng je habis, goreng-habis. 

Kanan: Entah. Jani tu apa masalah dia pun taktau. Hahaha -.-"



Ehh jauh ni bebudak nii.






                     

Kiri : Ipah versi dewasa.

Kanan : Ipah versi kanak kanak. Kekecik dah kuat makan. Ahaha ampun Qaseh ampun mamanya ! Hikk.



Laksa by mama Liza

Harap maklum ya bahawasanya gambar kami mandi, berenang, tiruk segala bagai memang takda. Ye, tiada. Ini adalah disebabkan masing masing jalan berlenggang dan hanya fikir akan keseronokan mandi sahaja. Sampai la ada orang tu nyaris lemas. Haaa terkapai kapai kau pah. 


Nasib baik ada hero hero tolong selamatkan. Baywatch sangat kan.


Air terjun Sungai Bil ni memang best, sejuk dingin & banyak batu dekat dasar. Tapi ada kawasan yang airnya sangat dalam even kamu dah menyelam sekalipun still tak nampak dasar. Gelap. Arus mati pulak tu. Okay kawasan ni agak bahaya. 

Listen me, beware people. 
*masuk efek tegas*





Dah puas main air, kami naik. Sambung makan, licinkan segala yang ada. Macam piranha masing masing. Dah main air kan, sejuk tentu lah lapar. Lepas tu berkemas dan salin pakaian.


Semua dah siap, santai lah sekejap dekat pondok. 




Macam macam gelagat bebudak makan buah lai.

Sepupu sepapat.




Kedai Makan Cupak, Tanjung Malim.

Tadi tu acah acah alas perut jeee. Banyak ruang kosong lagi maka kami penuhkan hek hek. Kami pilih kedai makan Cupak, tu je lah yang luas dan selesa dan paling hampir. Boleh laa, kenyang alhamdulillah.



Sementara nak tunggu order. Yang mana nampak je la ye. Hehe.

Lepas makan, kami bersurai. Yang mana dari Ipoh, menghala ke utara lah. Kami pulang semula ke Kuala Lumpur. Esok kerja wehh alaa dah habis cuti hmm. Nanti kita pergi santai dekat tempat lain pulak okay? Tunggu la entri seterusnya hewhew.




Akhir kata dari penulis,

Kalau ada sumur di ladang boleh la tumpang mandi,
kalau umur kita panjang next time kita jumpa lah lagi ! 

Cececeh okbaii :)


No comments: